PENCALONAN PM OLEH PERIKATAN NASIONAL LEBIH TERSUSUN DARI PH PLUS YANG MASIH GAGAL MENCARI CALON SESUAI

Baru2 ni UMNO dan PAS bersetuju utk kekalkan TS Muhyiddin sebagai calon PM bagi PRU15 nanti. Kesepakatan parti dalam Perikatan Nasional (PN) ini menjadi contoh terbaik dalam memilih calon PM jika nak dibandingkan dengan PH Plus yang masih gagal mendapatkan calon mereka.

Pertelingkahan dalam kem PH Plus ini juga masih berlanjutan sampai diorang keluarkan 3 nama calon iaitu Tun M, Anwar Ibrahim dan yg terbaru Shafie Apdal. Maknanya kesemua parti dalam PH Plus tu masih lagi tidak ‘sekepala’ dan menunjukkan senario yg sama masa diorang pegang kerajaan dulu.

Adakah kita sebagai rakyat masih nak tengok drama pergolakan dalam kem PH Plus dalam memilih calon PM menjelang PRU15 nanti? Parti2 dalam PN sanggup ketepikan ego dan dominan parti masing2 utk memilih Muhyiddin disebabkan kerajaan pimpinan Muhyiddin dah berjaya mendapat sokongan rakyat walaupun baru mentadbir negara selama 6 bulan sahaja.

Kita pun tak tahu bila polemik pertelingkahan dlm PH Plus ni akan tamat dan tak mustahil sampai PRU15 nanti pun PH Plus masih tak sepakat untuk pilih calon PM. Parti2 dalam PH Plus ni jugak masih pentingkan ego dan maruah utk menaikkan pemimpin diorang walaupun rakyat sendiri tak setuju dgn calon yg diorang umum.

Jadi kita kena nilai sendiri mana satu komponen parti politik yang lebih baik untuk ketuai jentera pentadbiran negara bila berlaku PRU15 akan datang. PN lebih konsisten dan tersusun dlm mencari permuafakatan parti kalau nak dibandingkan dengan PH Plus. Sanggup ke kita nak tengok politik ‘anjing dan kucing’ yang sama dalam kerajaan PH dulu? Fikir dan nilaikan lah sendiri.