Terkini; MB Kelantan lahirkan penghargaan kpd PM kerana iktiraf royalti minyak

KENYATAAN AKHBAR MENTERI BESAR KELANTAN ; Bayaran Tunai Petroleum: Kerajaan Kelantan Rakam Penghargaan Kepada Kerajaan Persekutuan
Kerajaan Negeri Kelantan merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana mengiktiraf bahawa Negeri Kelantan layak menerima bayaran tunai hasil Petroleum sebanyak 5% sebagaimana jawapan oleh YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) dalam persidangan Dewan Rakyat pada 28 Julai 2020.
Pengumuman tersebut menunjukkan keterbukaan Kerajaan Perikatan Nasional dibawah kepimpinan Perdana Menteri YAB Tan Sri Haji Muhyiddin Yassin bagi memastikan hak rakyat Negeri Kelantan terjamin dalam kerangka persekutuan.
Dato’ Bentara Kanan
Ustaz Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob
Menteri Besar Kelantan
Rabu, 08 Zulhijjah 1441 / 29 Julai 2020