“Moh0n Sama2 T0long D0akan Untuk Ustaz Kazim…” Ustaz Haslin
Terdahulu, ramai yang sedia maklum mengenai tahap kesihatan penceramah terkenal, Dato’ Ustaz Kazim Elias, yang tidak menentu dan sering kali terpaksa dikejarkan ke hospital.
Dalam perkongsia di Facebook Ustaz Kazim baru-baru ini, memaparkan penceramah itu kini berada di hospital untuk menjalani proses angiogram.
Ustaz Kazim mahu kenal pasti penyakit
Proses angiogram merupakan prosedur yang dilakukan dengan bantuan sinar-X untuk memperlihatkan salur darah arteri dan vena bagi mengenal pasti punca penyakit beliau.
Ia digunakan untuk mendiagnosa salur darah pada kawasan badan yang merangkumi otak,leher, jantung, paru-paru, abdomen, ginjal, pelvis, tangan dan kaki.
Malah berita itu juga dikongsikan rakan dakwahnya, Ustaz Haslin Baharim, meminta agar orang ramai menitipkan doa agar urusan Ustaz Kazim dipermudahkan.
Sumber : Dato’ Ustaz Kazim Elias