Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Kesksaan kerana membnuh.
Terdahulu, suspek berusia 19 tahun tiba di perkarangan Mahkamah Majistret Marang, di sini jam 10.10 pagi.
PELAJAR perempuan Tingkatan Enam yang dipercayai terbabit dalam pembnuhan Siti Nur Sura lsmail, 19, direman hari ini di Mahkamah Majistret Marang selama tujuh hari sehingga Isnin depan.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dijalankan kerana membunuh. – NSTP/Ghazali Kori
SITI Nur Suya (kiri) dan suspek Suspek yang juga kenalan mangsa sebelum ini, ditahan selepas diserahkan ibunya pada jam 8.15 pagi ketika datang ke Balai Polis Telemong.
Tangkapan terhadap suspek dibuat berdasarkan bukti yang ditemui di lokasi kejadian dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah burung berhampiran kediaman mangsa.
BH sebelum ini melaporkan, seorang remaja perempuan berusia 19 tahun ditemui m4ti dipercayai dibnuh dalam kejadian samvn di Kampung Lubok Batu, Telemong, Kuala Berang.
Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, mangsa ditemui tertiarap di ruang tamu rumah berkenaan oleh adiknya, Siti Nur Suhada, 15, yang baru pulang dari sekolah.
Walaupun Masih Belum Berusia 21 Thn, Tetapi ini Nasib dan Hukuman yg Bakal dikenakan ke Atas Nur Atirah
Saspek kes bnuh Siti Nur Suya lsmail di Kampung Lubok Batu, Telemong, Kuala Berang pada 1 November lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Marang hari ini atas pertuduhan membnuh.
Menurut laporan Kosmo! Online, tertuduh seorang pelajar tingkatan enam, Siti Nur Atirah Azmi mengangguk faham
Dan tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan.
Tertuduh berusia 19 tahun yang juga kenalan mangsa didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Kesksaan yang memperuntukkan hukuman m4ti mandatori jika sabit kesalahan.
Tambah laporan itu lagi, Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda tidak membenarkan remaja terbabit diikat jamin selain menetapkan sebutan semula kes pada 10 Januari 2021.
Ibu tertuduh lambai tangan
Malah, ibu tertuduh turut dilihat melambai anaknya ketika remaja perempuan itu dibawa ke dalam kereta.
Harian Metro sebelum ini melaporkan seorang remaja perempuan ditemui m4ti dipercayai dibunvh dalam kjadian samun di Kampung Lubok Batu, Telemong, Kuala Berang pada 1 November lalu.
Dalam kjadian 2.30 petang itu, mangsa ditemui tertiarap di ruang tamu rumah berkenaan oleh adiknya, Siti Nur Syuhada, 15, yang baru pulang dari sekolah.
Dalam pada itu, keluarga arwh Siti Nur Surya, 19, tidak menyimpan dendam kepada sesiapa susulan pembunvhan anak kelima daripada tujuh beradik itu.
Bapa arwh, Ismail Muda, 58, berkata, dia dan keluarga menerima kjadian itu sebagai takdir, walaupun pahit untuk ditelan.
Ismail yang kelihatan sedih apabila berbicara mengenai peristiwa hitam itu berkata
Sehingga kini keluarganya masih diselubungi perasaan sedih dan trauma dengan kjadian itu, walaupun ia sudah 11 hari berlalu.
” Kami tidak berdendam dan keluarganya (suspk) sudah datang ke rumah kami beberapa hari lalu.
” Tetapi, saya berharap biarlah kem4tian anak saya mendapat pembelaan sewajarnya dan pelaku menerima hukuman setimpal dengan apa yang dilakukan,” katanya.
Terdahulu, mangsa ditemui tertiarap di ruang tamu rumah berkenaan oleh adiknya, Siti Nur Syuhada, 15, yang baru pulang dari sekolah.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud, berkata kertas siasatan itu telah siap lebih 90 peratus dan menunggu arahan selanjutnya daripada TPR.
Selain itu, beliau berkata, pihaknya mendapatkan bantuan unit selam pasukan polis untuk mengesan barangan kes dipercayai dibuang suspek berusia 19 tahun di Sungai Telemong dekat Kampung Bukit Tadok.
“Kertas siasatan sudah hampir siap dan setakat ini, kira-kira 20 saksi dipanggil untuk membantu siasatan.
Snjata dipercayai digunakan dalam kejadian itu juga telah ditemui di tepi lebuh raya di Telemong pada 4 November lalu.
“Ahad lalu, kita menggunakan khidmat sembilan pegawai dan anggota Unit Selam Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga untuk mengesan barangan kes yang dipercayai dibuang ke dalam sungai oleh suspek.
“Ia susulan berdasarkan siasatan, suspek mengaku ada membuang barang diambil dari rumah mangsa.
Namun kita tidak menemuinya dalam operasi dijalankan selama dua jam bermula jam 3 petang itu,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu, di sini, hari ini.