Kec0h Pasal Dengki Dgn PM Buat Lawatan Ke Indonesia, Sweet Qismina Kini Dimasukkan Ke H0spital
Baru-baru ini pelakon terkenal, Sweet Qismina atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Binti Supandi menggemparkan ramai orang termasuk pengikutnya apabila dimasukkan ke sebuah h0spital swasta di Kuala Lumpur.
Perkara itu didedahkan oleh beliau di laman sosial Instagram miliknya @sweetqismina.
Foto yang dimuat naik di laman sosial itu turut memberitahu bahawa beliau sudah boleh discharge ataupun keluar dari hospital pada 4 Februari 2021.
Walaubagaimanapun, punca kemasukkannya ke hospital berkenaan tidak dapat diketahui setakat ini.
Meninjau di ruangan komen, ramai rakan artis dan pengikutnya turut sama mendoakan kesihatannya.
Kami mendoakan semoga Sweet cepat sembuh. Amin!
“Mana adil macam ni” – Sweet Qismina Persoal Muhyiddin Boleh Pula Ke Indonesia
Terdahulu, pelakon Sweet Qismina melontarkan pendapat menerusi satu ciapan di laman sosial Twitter miliknya dengan mempersoalkan tindakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengadakan lawatan kerja ke negara jiran, Indonesia sejak semalam.
Sweet atau nama sebenarnya, Farhanna Qismina Supandi menyatakan bahawa lawatan Muhyiddin adalah satu perkara yang tidak wajar terutamanya sewaktu tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang melarang rakyat berbuat demikian.
Mana adil! PM boleh keluar negara, rakyat biasa dilar4ng
Menurut pelakon berusia 24 tahun itu, abangnya adalah antara individu yang paling terkesan dengan lar4ngan ke luar negara selepas setahun tidak pulang ke Indonesia untuk bertemu isterinya.
“Abang saya lama tidak jumpa isteri dia di Indonesia sejak tahun lepas. Dia baru kahwin.
“Tetapi Perdana Menteri kita boleh pergi sana macam itu saja. Patut minta beliau bawa abang saya bersama. Mana adil begini,” katanya di Twitter, semalam.
Pelakon drama Bidadari Salju itu menyifatkan tindakan Perdana Menteri berkenaan adalah tidak adil, kerana pemimpin itu boleh keluar negara sedangkan rakyat biasa, iaitu abangnya tidak dibenarkan berjumpa isteri walaupun sudah lama tidak berjumpa.
Berikutan itu, ciapan berkenaan telah mendapat pelbagai reaksi berbeza-beza daripada warganet yang rata-rata menyelar kenyataan yang dikongsi pelakon tersebut.
Urusan kerajaan berbeza dengan urusan peribadi. Abang ada urusan dengan Pak Joko ke?
PM Muhyiddin mengadakan lawatan kerja dua hari ke negara itu setelah menerima jemputan daripada Presiden Joko Widodo. Ia merupakan lawatan pertama sejak beliau diangkat sebagai Perdana Menteri pada tahun lalu.
Lawatan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Indonesia “dikawal ketat” dengan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) berkaitan penceg4han pand3mik C0VID-19 bagi mencegah sebarang bentuk penul4ran.
Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata program lawatan itu juga diringkaskan dan hanya disertai delegasi kecil yang diwajibkan menjalani ujian C0VID-19, selain membabitkan individu yang tidak bergejala dan disahkan neg4tif 48 jam sebelum berlepas.
“Muhyiddin mendapat jemputan khas untuk mengadakan lawatan rasmi daripada Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) selepas beliau dilantik sebagai perdana menteri pada Mac 2020.
“Lawatan ini akan menggunakan pesawat khas kerajaan, bukan pesawat komersial, bagi mewujudkan ‘travel bubble’ ke Indonesia.
“Delegasi Malaysia sekali lagi diwajibkan menjalani ujian sebaik sahaja tiba di lapangan terbang di Jakarta. Hanya individu yang neg4tif C0VID-19 sahaja akan dibawa terus ke hotel penginapan,” menurut kenyataan itu.
Jika sebelum ini pelakon Sweet Qismina, menyinggung perasaan golongan pendidik dan kemudian membuat kenyataan memohon maaf kepada semua guru di Malaysia berikutan tindakannya
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Terkini
Sumber : https://www.hotfm.com.my/



