12 Termasuk Anggota Penguatkuasa Ditahan Terbabit Parti Li4r, D4dah
12 Termasuk Anggota Penguatkuasa Ditahan Terbabit Parti Li4r, D4dah
Polis menahan 12 individu selepas disyaki terbabit dalam aktiviti parti li4r di sebuah hotel di ibu negara, malam tadi. Kesemua suspek berusia 20 hingga 35 tahun termasuk empat anggota penguatkuasa dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk tindakan lanjut.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata, serbuan dilakukan jam 9 malam hasil maklumat orang awam dan risikan oleh Bahagian Siasatan Jen4yah Nark0tik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.
Katanya ketika s3rbuan, polis mendapati sembilan lelaki dan tiga wanita tempatan berada dalam sebuah bilik di hotel berkenaan sedang leka berhibur.
“Kami telah menjalankan satu serbuan ke atas satu parti li4r yang diadakan di sebuah hotel pada jam 9 malam. 12 individu telah ditahan atas kesalahan mengadakan majlis sosial dan kesemua mereka telah dibawa ke balai untuk tindakan lanjut.
“Empat daripada 12 individu yang ditahan didapati anggota penguatkuasa,” katanya.
Mohamad Zainal berkata, polis turut merampas d4dah jenis pil dan dua botol air ketum ketika s3rbuan. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 12(2) Akta D4dah Berb4haya 1952, Seksyen 15(1)(a) akta sama serta kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit.
(Langkah-langkah Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan) 2021, yang bakal dikenakan kompaun kerana kesalahan melanggar syarat ditetapkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Sumber:Astroawani
